Ribuan hadir majlis peng3bumian empat sekeluarga Islam dil4nggar pemandu trak

Trenton: Ribuan hadir bagi memberi penghormatan terakhir buat empat sekeluarga Islam yang maut akibat dir3mpuh seorang pemandu trak setengah tan pada Ahad lalu.

Keluarga itu keluar bersiar-siar pada petang Ahad, berdiri di sebuah simpang untuk menyeberang jalan sebelum trak berkenaan mer3mpuh mereka. Svspek berusia 20 tahun sedang ditahan.

Kejadian itu membvnuh Salman Afzaal, 46; isterinya, Madiha, 44, anak perempuan mereka, Yumnah, 15, dan ibu Salman, Talat, 74.

Seorang anak mereka, Fayez Afzaal, 9 tahun yang terselamat kini berada dalam keadaan stabil.

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau meng3cam ins1den yang disifatkan sebagai ‘s3rangan pengg4nas’ dan didorong oleh keb3ncian.

Svspek yang memandu trak itu sudah did4kwa atas empat pertvduhan membvnuh dan satu cubaan membvnuh.

Fayez yang terlantar di hospital sudah mengetahui bahawa bapa, ibu, kakak dan neneknya sudah men1nggal dunia.

Ribuan berada di tepi jalan melihat perarakan sebelum proses pengebvmian manakala ratusan berkumpul ketika majlis diadakan di Pusat Islam Ontario Barat Daya.

Empat ker4nda mereka ditutupi dengan bendera Kanada yang menurut Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Kanada ia membawa maksud seluruh rakyat Kanada bersama mereka.

Sementara itu, Datuk Bandar London, Ed Holder yang turut hadir mengatakan, “Ini sangat memilukan”.

Orang ramai yang hadir diminta memakai riben berwarga ungu dan hijau kerana ungu adalah warga kegemaran Yumna manakala hijau selalu dikaitkan dengan Islam.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Malaysia Times

sumber: hmetro 

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "Ribuan hadir majlis peng3bumian empat sekeluarga Islam dil4nggar pemandu trak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*