Dvgaan 10 beranak berg3lut kes3mpitan hidup

Johor Bahru: “Kami sekeluarga hanya makan apa yang ada, selalu juga makan nasi dengan kicap saja,” kata ibu kepada lapan anak Noorfazlin Zainal Abidin, 39 yang kini berg3lut dengan kes3mpitan hidup akibat hilang punca pendapatan keluarga.

Noorfazlin berkata, sudah lebih setahun setengah keluarganya hilang pendapatan selepas suami, Syed Mohd Syed Mohd Noh, 45, tidak bekerja sebagai pembantu tukang rumah akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, bagi menampung keperluan keluarga dan anak yang berusia setahun hingga 18 tahun, dia membuat kuih sejuk beku secara kecilan namun masih tidak dapat menampung keperluan keluarganya.

“Saya tiada simpanan, jika dapat jualan, saya akan beli lauk untuk dimakan pada hari itu. Jika tidak kami sekeluarga akan makan lauk semalam.

“Keadaan makin terd3sak selepas saya terjatuh pada tahun lalu yang menyebabkan s4kit sendi dan lutut. Sehingga kini saya masih mendapatkan r4watan di Klinik Pakar Tulang dan Fisioterapi di Hospital Sultanah Aminah (HSA),” katanya ketika ditemui di kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Uda Utama di sini, semalam.

Menurut Noorfazlin, anak keduanya Syarifah Nurul Amierah, 17 mempunyai mas4lah perkembangan otak manakala anak keenam Syed Mohd Asyraf, 5, mengh1dap Aut1sm Sp3ctrum Dis0rder dan H1per Akt1f tahap dua.

Katanya, sejak kehilangan punca pendapatan, dia hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM400 sebulan, serta belas ihsan jiran dan rakan.

Katanya, anak sulung berusia 18 tahun juga berusaha mencari pekerjaan baru selepas diberhentikan kerja sebagai pembantu kedai makan sejak PKP 3.0.

“Ada masa saya terpaksa berhvtang dengan rakan untuk membeli makanan, biarpun tiada jaminan untuk membayar semula, mereka beri kerana kasihankan anak,” katanya.

Menurut Noorfazlin, dua anaknya masih mendapatkan rawatan di HSA dan memerlukan perbelanjaan terutamanya kos pengangkutan memandangkan kereta suaminya sudah lama tidak dapat digunakan kerana rosak.

“Saya juga bimbang dengan keadaan Asyraf yang pernah beberapa kali dia cuba terjun tingkap tiada jeriji kerana tidak mampu memasangnya dengan kos RM1,500,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Pasaraya Econsave Cash and Carry, Mas Imran Adam berkata pihaknya menghulurkan bantuan barangan keperluan bernilai RM1,000 kepada keluarga berkenaan.

“Barangan yang diberikan lampin pakai buang, susu dan pelbagai barangan dapur. Bil air dan elektrik keluarga ini yang tertunggak juga akan diselesaikan. Sekiranya anak sulung mahu bekerja di pasar raya kami sedia menawarkan pekerjaan di cawangan yang terdekat,” katanya.

Bagi yang mahu membantu keluarga Noorfazlin boleh hubungi 018-789 0870.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Malaysia Times

sumber: hmetro

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "Dvgaan 10 beranak berg3lut kes3mpitan hidup"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*