P0lis Panggil 50 Juri Selebriti All Together Now Malaysia

Minggu lalu hangat diperkatakan mengenai program hiburan All Together Now Malaysia yang menghimpunkan seramai 50 selebriti sebagai juri sekaligus mengundang rasa tidak puas hati dikalangan netizen.

Terbaru, polis akan memanggil kru penerbitan termasuk 50 juri selebriti yang terlibat dalam rakaman program tersebut untuk si4satan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki yang tidak berpuas hati dan mend4kwa program terbabit mel4nggar SOP PKP.

“Si4satan awal mendapati penggambaran program itu dilakukan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 3 Mac hingga 11 April lalu dengan merujuk SOP Sektor Industri Kreatif-Acara Langsung (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan – PKPP) yang sedang berkuat kuasa ketika itu.

“Pihak penerbit program dikehendaki mematuhi SOP PKPP yang membenarkan rakaman berlangsung dengan kehadiran penonton tidak melebihi 50 peratus kapasiti serta mematuhi SOP berkaitan saringan kesihatan, pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal,” katanya.

Mohd Fadzil berkata, pihaknya menjalankan siasatan berkaitan ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Difahamkan kesemua juri program berkenaan akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya dalam masa terdekat dan kertas si4satan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya sebaik si4satan selesai.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Malaysia Times

Sumber : rotikaya

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "P0lis Panggil 50 Juri Selebriti All Together Now Malaysia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*