‘Doktor sudah maklum keadaan ayah semakin mer0sot’

Kuala Terengganu: “Subuh tadi saya solat hajat di masjid. Sebaik pulang ke rumah dan baru nak mula Yasin, anak saudara memaklumkan ayah sudah ti4da,” kata Zakaria Jusoh.

Zakaria, 56, anak kepada warga emas, Fatimah Mohd, 79, yang m4ut dalam keb4karan membabitkan tiga rumah di Kampung Losong Haji Su, di sini, Isnin lalu.

Bapanya, Jusoh Muda, 82, mel3cur 50 peratus dan dir4wat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, sebelum disahkan men1nggal dunia 6.31 pagi hari ini.

Zakaria berkata, sepanjang arw4h bapanya, dimasukkan ke hospital, dia sempat bertemu bapanya dua kali dan terakhir semalam.

“Semalam doktor sudah berbincang dan memaklumkan keadaan kesihatan ayah yang semakin mer0sot.

“Saya juga sudah memaklumkan kepada adik beradik mengenai keadaan ayah dan mereka semua bersedia serta reda dengan sebarang kemungkinan,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar yang menyantuni keluarga berkenaan di Kampung Losong Haji Su, di sini, hari ini.

Sementara itu Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri mengucapkan takziah kepada keluarga berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya sedang berbincang dengan Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat, mengenai bentuk bantuan yang akan disalurkan kepada keluarga m4ngsa.

“Kerajaan negeri akan menghulurkan bantuan lain. Setakat ini bantuan awal sudah diberikan kepada keluarga terbabit,” katanya.

Dalam kejadian jam 10.35 pagi Isnin lalu, warga emas, Fatimah Mohd, 79, maut manakala suaminya mel4cur dalam keb4karan membabitkan tiga rumah.

Dalam kejadian jam 10.39 pagi itu, Fatimah yang mengalami mas4lah pinggang dan bergerak dengan bantuan kerusi roda terp3rangkap manakala Jusoh terselamat berikutan ketika kejadian, dia dikatakan berada di luar rumah.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Malaysia Times

Sumber : HMetro

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "‘Doktor sudah maklum keadaan ayah semakin mer0sot’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*