“SaIahkah saya pergi doakan anak dia?” – UAI sekadar penuhi undangan, kebetulan mentua jiran Datuk K

SELEPAS kehadiran di majlis tahnik anak Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi pert1kaian netizen, penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan kedatangannya adalah bagi memenuhi undangan daripada sahabat baik iaitu Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

Menurut Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI, dia tidak melakukan kesaIahan meIanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan merentas negeri, sebaliknya berada di Kuala Lumpur atas urusan kerja sehari sebelum majlis itu diadakan.

Tambah UAI, dia menetap di kediaman mentuanya yang terletak berhampiran dengan rumah penyanyi kesayangan ramai itu.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan di laman Twitter @_rezarazali_, UAI berkata dia menghadiri majlis tersebut selepas selesai mengerjakan solat tarawih pada Isnin lalu.

“Saya pergi atas undangan daripada Datuk K (Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa), kami memang bersahabat baik sejak tiga tahun lalu.

Selain UAI, Siti dan suami turut mengundang Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari.

“Sebelum ini dah tiga kali dia ajak saya datang rumah dia… sebab masa saya sak1t hari itu dia datang melawat saya selama dua jam.

“Jadi, kali ini saya balas balik (jemputan). Salahkah saya pergi ke majlis yang kawan jemput untuk doakan anak dia?” katanya.

Nama UAI menjadi perhatian netizen selepas dia did4kwa merentas negeri memandangkan ramai sedia maklum ustaz tersebut menetap di Terengganu.

“Rumah mentua saya dekat dengan rumah Datuk K, saya pergi pun selepas selesai solat tarawih dan tengok masih ada jemputan lain lagi (pada ketika itu).

“Bukan saya nak pergi sangat tapi sebab dah kawan menjemput,” ujarnya lagi.

Menerusi pemerhatian juga, sehari sebelum majlis tahnik itu berlangsung, UIA terlibat dalam satu program Soal Jawab Agama Bersama Ustaz Azhar Idrus yang diadakan di Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, Setapak, Kuala Lumpur.

Kuliah agama yang dihadiri UAI sehari sebelum majlis tahnik diadakan.

Menerusi laporan pada Isnin, Siti melalui kenyataan medianya mengatakan tiada sebarang aktiviti rentas negeri berlaku melibatkan kesemua jemputan pada majlis tersebut.

“Di sini kami ingin memaklumkan tiada sebarang aktiviti rentas negeri berlaku. Sebaliknya individu itu bersetuju untuk hadir kerana kebetulan dia memang berada di Kuala Lumpur pada tarikh majlis itu diadakan,” katanya.

Selain UAI, majlis tahnik anak lelaki Siti, Muhammad Afwa itu turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber : mstar

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "“SaIahkah saya pergi doakan anak dia?” – UAI sekadar penuhi undangan, kebetulan mentua jiran Datuk K"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*