“Baru Sebulan Rujvk,” Anju Ded4h Sudah Cer4i Buat Kali Kedua Sampai Bekas Suami Up Status

Siapa yang berkahwin pastinya mengharapkan masjid yang dibina akan kekal sehingga ke akhirnya. Namun tiada siapa dapat mendvga atau men0lak sekiranya ia terpvtus di tengah jalan.

Selepas sebulan mengumumkan bahawa mereka sudah kembali rujuk, selebriti Zarina Anjoulie membuat kejvtan apabila dia mengkhabarkan pencer41an kali keduanya dengan Eilyas Azhar menerusi sebuah entri di Instagram tadi.

“Ramai tanya betul ke Anju dan Yas dah cer41… Yes betul kami dah cer41 terima kasih.”

Berita itu nyata mengejvtkan ramai apabila pasangan merpati dua sejoli itu dilihat mesra sahaja selepas membuat keputusan untuk rujuk kembali baru-baru ini.

Untuk pengetahuan semua, Zarina dan Eilyas memtuskan untuk berplsah selepas 8 bulan berkahwin namun kemudiannya memilih untuk rujuk pada Mac lalu.

Tak pernah nampak bekas suami anju luah di media sosial tentang status crai tapi kali ni berbeza

“Alhamdulillah aku dah cerai. Anju nak benda ni viral supaya dia boleh dapat views yang tinggi. Jom support dia guys. Bagi dia perhatian sebab semua orang, anj*ng, kucing tengah kisah dan heran tentang dia. Ayuh support Anju”

Terbaharu, pelakon Zarina Anjoulie atau dengan nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul tampil kali kedua mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya Eilyas atau lebih dikenali sebagai Yas.

Zarina berkongsi berita penceraian tersebut menerusi laman Instagram miliknya setelah hantaran sebelumnya yang dimuat naik berbaur ‘luahan’ negatif terhadap suaminya, namun telah dipadam tanpa memberi maklumat selanjutnya mengenai alasan disebalik penceraiannya yang kali kedua ini.

Walau bagaimanapun, mengikuti laman Instagram milik bekas suaminya, Yas ada memuat naik gambar kenyataan berikutan pengakuan penceraiannya serta beberapa hantaran mengenai bekas isterinya itu.

Dalam pada itu, terdapat beberapa kenyataan gambar yang dikongsi sedikit sebanyak telah menggambarkan isu-isu keretakan rumah tangga yang dialami oleh pasangan terbabit.

“Bunga bukan sekuntum. Maruah jela kena jaga. Maruah diri lagi, family lagi, anak-anak lagi. Dah cukup dah kot bersabar. Malas dah. Baik focus diri sendiri”

Kata Yas, dia kini hanya mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada dirinya sahaja selain mengakui sudah ‘penat’ bersabar.

“Aku dah banyak bagi muka sampai takde muka dah. Hidup lah kau dengan tenang. Inalillah. RIP”

Setakat 3 Mei 2021, bekas suami kepada Zarina Anjoulie telah sah melafazkan talak 1 menerusi pengakuan di Insta Story miliknya.

Beliau turut memberi komen mengenai dakwaan sebagai ‘childish’ yang mungkin terpalit terhadap dirinya kerana memuat naik status penceraiannya, dimana sebelum ini belum pernah dia ceritakan.

Terdahulu Zarina Anjoulie dan Yas rujuk semula, mahu perbaiki diri dari segi agama – “Kami tak nak putus asa dengan perkahwinan ini”

TIDAK sampai sebulan pendedahan perceraian Zarina Anjoulie dengan Eilyas Azhar atau lebih dikenali sebagai Yas, pelakon sensasi itu pada Selasa mengumumkan sudah rujuk semula sebagai suami isteri.

Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul memberitahu keputusan itu dibuat selepas mereka mengetepikan ego masing-masing dan berbincang secara baik.

Mengakui tidak mahu sewenang-wenangnya putus asa dengan perkahwinan yang sudah dibina, Zarina berkata dia dan suaminya akan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik demi rumah tangga mereka.

Terutama dari segi agama… nak belajar untuk menjadi lebih baik di masa kelak.

“Ya, betul (rujuk)… kami pun dah berbincang dan berbaik-baik, Alhamdulillah. Kami berdua nak perbaiki lagi diri dan rumah tangga. Mungkin sebelum ini, dua-dua ego.

“Tapi selepas berfikir dan berbincang, kami berdua rasa macam tak nak putus asa dengan perkahwinan ini senang-senangkan. Alhamdulillah, sekarang kami pun nak ke arah yang lebih baik.

“Terutama dari segi agama… nak belajar untuk menjadi lebih baik di masa kelak. Kalau jodoh dan cinta itu kuat, Insya-Allah. Saya harap semua orang dapat mendoakan yang baik-baik untuk kami berdua,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, pelakon berusia 33 tahun itu berkongsi status mengatakan dia sudah rujuk bersama Yas dan meminta mana-mana wanita berhenti menghantar mesej di laman sosial suaminya.

Menerusi laporan mStar pada 10 Februari lalu, Zarina memuat naik video dia hadir ke Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan bagi menyelesaikan urusan penceraian mereka.

Zarina mendirikan rumah tangga dengan Eilyas pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.

Sebelum ini, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka berasal dari Brunei pada tahun 2015 dan bercerai pada Disember 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Awangku Gabriel Martin Ezra.

Sumber: Instagram Eilyas Azhar dan Zarina Anjoulie/BeautifulNara

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "“Baru Sebulan Rujvk,” Anju Ded4h Sudah Cer4i Buat Kali Kedua Sampai Bekas Suami Up Status"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*