“Eina Azman m4kan Nasi Dua Kali Sebulan,” Mahu KekaI Ber4t & Pingg4ng Idam4n

Pelakon tinggi lampai, Datin Eina Azman mendedahkan dia mengehadkan pengambilan nasi iaitu sebanyak dua kali dalam masa sebulan ketika ini bagi mengekalkan berat badan dan saiz pinggang yang diidamkan.

Memetik laporan Astro Gempak, perkara tersebut dikongsi menerusi ruangan Ask Me A Question di laman Instagram selepas menjawab beberapa pertanyaan pengikutnya mengenai tips diet yang diamalkan.

Senang naik berat ke? Nampak macam diet

Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman menjawab, dia gemar menjamah makanan ruji masyarakat Asia itu tetapi berat badan akan bertambah ‘berkilo-kilo’ sehingga terpaksa menjaga dari segi pemakanan.

“Jadi sekarang ni saya cuma akan makan nasi dalam sebulan dua kali sebab nak kekalkan berat dan pinggang idaman saya,” tulisnya.

Justeru, pelakon berusia 26 tahun itu mengamalkan pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran untuk kekal kenyang sepanjang hari sekali gus mempunyai banyak nutrisi dalam membantu proses diet harian.

Makan apa untuk tak lapar?

“Saya banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. InsyaAllah okey dan kenyang,” kongsinya lagi.

Jadi tidak hairanlah walaupun beliau gemar memasak pelbagai menu untuk suami dan anak-anak, namun masih berjaya menjaga bentuk fizikal agar kekal sihat dan ‘fit’.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber: Astro Gempak

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "“Eina Azman m4kan Nasi Dua Kali Sebulan,” Mahu KekaI Ber4t & Pingg4ng Idam4n"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*