“Ber4t Bertmbah & Tidak B0leh Mas4kan Ped4s..” T0kti K0ngsi Pengal4man HamiI An4k Lelaki

Setiap wanita akan melalui proses kehamilan berbeza. Ada yang beruntung tidak mengalami sebarang alahan, ada yang melalui alahan teruk pada trimester pertama sahaja, malah, tidak kurang juga yang menderita alahan sepanjang sembilan bulan mengandung.

Begitulah dugaan yang dilalui oleh penyanyi lagenda negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin sejak hamil anak keduanya. Mesra disapa Tok Ti, baru-baru ini dia mendedahkan tidak boleh makan makanan pedas sejak disahkan hamil buat kali kedua

Memetik temubual bersama Gempak, pelantun lagu ‘Anta Permana’ itu menyatakan terdapat perbezaan hamil bayi lelaki berbanding sewaktu beliau hamilkan Siti Aafiyah dahulu.

“Saya tiada mengidam macam-macam kerana saya tidak boleh mengambil makanan pedas. Agak sedih sedikit lah kerana saya memang peminat makanan pedas. 
“Jadi kebanyakan makanan saya hanya lah sup dan masakan kampung yang ringkas,” ujar Tok Ti.

Menurut penyanyi berusia 42 tahun itu lagi, dia akan mengalami ‘heart burn’ yang teruk jika makan makanan pedas jadi terpaksa mengelakkan makanan sebegitu.

“Hamil anak lelaki ini pula bezanya saya lebih penat dan banyak simptom ibu hamil saya lebih terasa kini. 
“Selain itu, perut saya kini juga lebih besar dan berat naik agak banyak berbanding hamilkan Aafiyah dahulu,” kongsinya kepada Astro Gempak.

Malah, sejak hamil Tok Ti mengakui jarang masuk ke dapur kerana mengalami simptom seperti loya tambahan lagi jika terhidu bau minyak atau masakan bergoreng.

Tok Ti yang sedang harat hamil dijangka melahirkan bayi keduanya pada bulan April ini.

Terdahulu, Tok Ti mendirikan rumah tangga dengan Datuk Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Siti Aafiyah Khalid.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber: Gempak (Syafiqah Jalal)

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "“Ber4t Bertmbah & Tidak B0leh Mas4kan Ped4s..” T0kti K0ngsi Pengal4man HamiI An4k Lelaki"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*