“Ni glove ni mana? Pakai glove!” – [VIDEO] Netizen Kec4m Polis K0mpaun Wanita Tak Pakai Sarung Tangan, Ini Cerita Sebenar…

Viral sejak semalam tentang sebuah video yang menunjukkan anggota polis mengeluarkan kompaun terhadap seorang wanita di sebuah pasar raya. Tindakan polis tersebut menaikkan kema.rahan netizen yang bertindak mengec.amnya kerana berdasarkan video itu, wanita tersebut dikom.paun kerana tidak memakai sarung tangan.

Lebih membuat netizen naik angin apabila Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri sendiri membalas dan berkata tiada SOP memakai glove seperti ditanya polis terbabit di dalam video terbabit.

Melalui video itu, anggota polis berkenaan didengari bertanya kepada wanita tersebut,

Ni glove mana? Pakai glove! Cari glove, pakai sekarang.” 

Bukan sa.man tak pakai glove, tapi sebab…

Menurut Kosmo, Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali berkata wanita yang juga merupakan juruwang di pasar raya itu bukan disa.man kerana tidak memakai sarung tangan seperti yang ditularkan. Sebaliknya, kerana dia tidak mematuhi beberapa SOP lain.

Katanya, berlaku kekeliruan mengenai video yang viral di media sosial itu sejak semalam. Difahamkan, ketika itu beliau bersama beberapa anggota pergi memeriksa pasar raya terbabit di Presint 8, Putrajaya dan telah mengeluarkan saman kepada wanita berkenaan.

Kesalahan utamanya sebagai pekerja, dia sendiri tidak daftar MySejahtera dan manual serta tidak ambil suhu badan. Saya tak sa.man pun pasal tidak pakai sarung tangan.”

Saya hanya menasihati juruwang wanita itu supaya memakai sarung tangan yang diberikan oleh majikannya kerana dia berurusan dengan ramai pelanggan di kaunter bayaran.

Bukan tujuan untuk saman sebab tidak pakai sarung tangan tapi klip video itu seolah-olah menunjukkan kami menyaman pekerja itu kerana tidak pakai sarung tangan.”

Orang yang edit video tu pun, betul-betul lahhh. Kan dah tak pasal viral benda-benda macam ni. Buat orang keliru je.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber: Lobakmerah

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "“Ni glove ni mana? Pakai glove!” – [VIDEO] Netizen Kec4m Polis K0mpaun Wanita Tak Pakai Sarung Tangan, Ini Cerita Sebenar…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*