Syamsul akhirnya mengaku dah tak sebumbung dgn isteri

Kuala Lumpur: Pengarah filem Munafik, Syamsul Yusof, 36, mengakui dia kini memang sudah tidak tinggal sebumbung bersama isterinya, pelakon, Puteri Sarah Liyana.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof dihubungi, bagaimanapun memaklumkan dia tidak pernah cuba menyembunyikan perkara itu sebelum ini.

“Bila dah tanya macam ini, saya jawablah memang kami sudah tidak tinggal sebumbung lagi

Bagi saya, tak ada apa yang nak disorokkan pun.

“Saya pun sekarang beritahu apa yang saya rasa nak beritahu, asalkan pada saya ia tak ada masalah untuk dikongsikan,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya sejauh mana permasalahan rumah tangga yang berlaku itu akan berakhir di mahkamah, Syamsul berkata dia dan isterinya, masih dalam proses memperbaiki hubungan mereka.

“Sekarang ini, saya dan Sarah masih lagi dalam proses cuba memperbaiki hubungan kami. Pada ketika ini, kami berdua perlukan masa.

“Lagipun, tak ada orang dalam dunia ini yang mahu bercer4i. Termasuklah saya dan Sarah, tak mahu bercer4i. Tapi, kami perlukan masa sebab kena fikirkan anak-anak juga.

“Siapa yang tak sayang keluarga. Saya sangat sayangkan keluarga saya, anak- anak dan sudah tentulah isteri saya. Ya, saya sayang mereka,” katanya.

Syamsul berkata selain terus berdoa kepada Allah SWT untuk keharmonian semula rumah tangganya, dia juga berharap peminat dan rakan-rakan mendoakan yang baik-baik buat mereka.

Kisah kemelut rumah tangga Syamsul dan isteri, mula jadi perhatian selepas Sarah didakwa sudah ke pejabat agama pada 20 September lalu.

Hasil perkongsian hidup Syamsul dan Sarah yang berkahwin pada 8 Mac 2014, dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1.

Puteri Sarah Bawa Diri

Kuala Lumpur: Tindakan pelakon, Puteri Sarah memuat naik gambar beserta keterangan pergi bercuti dan bekerja pada 13 Oktober lalu mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet.

Ada beranggapan isteri kepada pengarah, Syamsul Yusof itu seolah-olah mahu membawa diri dan melupakan seketika pemasalahan rumah tangga yang wujud antara mereka.

Apatah lagi, pada hari sama pengarah filem Munafik itu membuat laporan polis ekoran mendapat mesej berbaur ugvtan di Instagram.

Puteri Sarah, 35, berkata, perancangan untuk pergi bercuti bersama anak-anak sudah dibuat lama.

“Perancangan asal memang nak pergi bercuti di pulau selepas habis penggambaran. Tapi, macam tak sempat. Kebetulan, saya terbabit dalam penggambaran yang dibuat di luar Kuala Lumpur.

“Saya pun cuba bertanya kepada pihak produksi jika saya boleh bawa bersama anak-anak. Alhamdulillah, mereka okay. Kiranya, sambil bekerja dapat juga saya bercuti dengan anak-anak,” katanya.

PUTERI Sarah bersama anaknya. FOTO IG Puteri Sarah

Ditanya mengenai ugvtan yang diterima suaminya dan laporan polis dibuat, Puteri Sarah enggan mengulas lanjut.

“Saya dimaklumkan dia nak buat laporan polis, tapi tidak mengetahui lebih lanjut kandungan mesej berbaur ugvtan itu. Jadi, tidak ada apa yang saya boleh perkatakan.

“Lagi pula, perkara ini sudah menjadi kes polis. Biarlah pihak berwajib jalankan tugas mereka. Kalau betul seperti didakwa, saya berharap perkara ini akan dapat diselesaikan,” katanya.

Mengenai kenyataan dibuat Syamsul yang menyifatkan obses pada kerja antara salah satu punca berlakunya kemelut rumah tangga mereka, Puteri Sarah enggan menafikan perkara itu.

“Mungkin betul. Sebab semua tahu dia seorang yang kuat bekerja,” katanya ringkas.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : Harian Metro

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "Syamsul akhirnya mengaku dah tak sebumbung dgn isteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*