“Gigih Buat Suprise Kek 4 Inci,” – Ramai Yang Sayang, Janna Nick Dapat Kejutan Di Melodi!

Pelakon dan hos, Janna Nick sekali lagi menerima kejutan bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-25.

Kali ini, bintang yang dilahirkan pada 1 Jun 1995 itu menerima kek hari jadi istimewa dari team produksi Melodi.

Malah, satu klip video pendek sekitar kejutan turut dikongsikan pelakon Cari Aku Di Syurga ini menerusi posting terkininya di Instagram.

Dengan wajah terkejut, Janna turut menerima dedikasi hari jadi dari krew penerbitan.

Turut sama terakam di dalam video yang dimuat naik ialah rakan hos, Awal Ashaari

“Birthday Surprise lagi. Thanks @meloditv3 ‘s team! Gigih surprise kek 4inch! Love you guys,” tulisnya sambil memberikan kredit.

Serentak dengan itu, para peminat turut memberikan ucapan pelbagai atas sambutan hari jadi yang dibuat.

Terdahulu, Janna memulakan tugasnya sebagai pengacara rancangan hiburan mingguan itu bermula Januari 2018.

Foto: Instagram Janna Nick

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : MH

Be the first to comment on "“Gigih Buat Suprise Kek 4 Inci,” – Ramai Yang Sayang, Janna Nick Dapat Kejutan Di Melodi!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*