“Saya Pernah Terfikir Tidak Akan Mempunyai Zuriat.” Raja Permaisuri Agong

Kisah perjuangan KDYMM Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam memperoleh cahaya mata sendiri sudah tentu pernah didengar oleh rakyat  jelata.

Kini, baginda boleh tersenyum bahagia apabila anakandanya sedang menginjak dewasa menjadi putera puteri yang penuh karisma seperti ayahanda dan bonda mereka.

Menerusi Instagram KDYMM Permaisuri Agong, baginda telah memuat naik gambar-gambar anakandanya sewaktu kecil sebagai mengimbau kembali kenangan lama.

Paling mencuri tumpuan adalah kapsyen yang ditulis seakan menggambarkan betapa bersyukurnya baginda dikurniakan anugerah daripada Allah ini.

Dalam kapsyen tersebut, Tunku Azizah ada menyebut bahawa zuriat yang dikurniakan adalah hadiah daripada Allah ketika baginda pernah terfikir tidak akan mempunyai anak.

Menerusi perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan pelbagai komen diruangan Instagram baginda. Mereka mengakui terinspirasi dengan kisah Tunku Azizah dalam berjuang mendapatkan zuriat sendiri dengan melakukan rawatan.

Terdahulu, kisah Tunku Azizah yang berusaha memperolehi zuriat dengan melakukan beberapa kali rawatan IVF selepas berkahwin begitu menyentuh hati banyak pihak.

Atas faktor itu, baginda telah menubuhkan satu yayasan yang diberi nama Yayasan Fertiliti Tunku Azizah untuk membantu mereka yang berpendapatan sederhana dan belum dikurniakan anak selepas lama berusaha untuk melakukan rawatan IVF.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : KL Press

Be the first to comment on "“Saya Pernah Terfikir Tidak Akan Mempunyai Zuriat.” Raja Permaisuri Agong"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*