Covid-19: Kes baharu melonjak 277

JANGKITAN kes baharu Covid-19 melonjak kepada 277 kes membabitkan warga asing dan hanya empat penularan rakyat tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, memaklumkan jumlah pulih pula meningkat sebanyak 28 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 6,559 atau 79.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Katanya, bagi jumlah kes baharu, ia menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 8,247 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,573 kes.

“Setakat dilaporkan hari ini, enam kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah itu, dua kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), dimaklumkan bahawa tiada kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 115 kes atau 1.51 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya pada sidang media harian Covid-19, hari ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : HM

Be the first to comment on "Covid-19: Kes baharu melonjak 277"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*