“Sampai sekarang tak dapat kesan si pelaku…” 8 bulan derita akibat langgar lari, Anak Saudara Tauke Jambu meninggal dunia

PELAWAK Tauke Jambu berkongsi berita sedih pemergian anak saudaranya, Abdul Mutasa Mukmin Abdul Mutalib pada petang Selasa.

Menurut Tauke atau nama sebenar Zamratul Amri Zakaria, 42, Allahyarham meninggal dunia setelah menderita kecederaan dalaman akibat insiden langgar lari yang berlaku tahun lalu.

“Salam sahabat beriman… anak saudara aku yang jadi mangsa langgar lari telah kembali ke Rahmahtullah selepas berjuang dengan lumpuh sejak bulan 10 tahun lalu.

“Perginya seperti bayi yang sedang tidur… mohon sedekah Al-Fatihah kepada Abdul Mutasa Mukmin Haji Abdul Mutalib,” katanya menerusi Instagram.

Tauke kongsi berita sedih di Instagram.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut berkongsi beberapa keping foto Allahyarham Mutasa.

Sementara itu, Tauke berkata sehingga kini individu yang terbabit dalam kemalangan tersebut masih belum dapat dikesan.

Bagaimanapun, dia percaya kebenaran akan terbukti kelak dan Allah akan memberikan perhitungan sewajarnya terhadap individu yang menjadi punca insiden tersebut.

Tauke memaklumkan individu menjadi punca kemalangan masih belum dikesan.

“Sampai sekarang tak dapat kesan si pelaku… dunia manusia tak nampak tapi Allah maha melihat,” ujarnya.

Pada Oktober tahun lalu, Tauke mengesahkan anak saudaranya antara mangsa yang terlibat dalam kemalangan langgar lari di Jengka, Pahang.

Akibat kemalangan itu, Mutasa mengalami cederaan parah dan tidak sedarkan diri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : mStar

Be the first to comment on "“Sampai sekarang tak dapat kesan si pelaku…” 8 bulan derita akibat langgar lari, Anak Saudara Tauke Jambu meninggal dunia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*