Kelantan benarkan solat Jumaat seramai 40 jemaah

KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membenarkan pelaksanaan solat Jumaat di negeri ini, dengan penambahan bilangan jemaah daripada 12 kepada 40 orang bermula Jumaat ini.

Yang Dipertuanya, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, berkata perkara itu mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, agar pelaksanaan solat Jumaat dilaksanakan secara berperingkat dalam usaha membendung penularan COVID-19.

Katanya, bilangan jumlah jemaah itu merangkumi imam tua, imam muda, bilal, siak, ahli jawatankuasa masjid dan anak mukim yang terpilih.

Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz. - NSTP/Mior Azfar Mior kamarulbaid

“Pelaksanaan solat Jumaat ini mestilah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan termasuk memastikan hanya pegawai masjid (imam tua, imam muda, bilal, siak) Ahli Jawatankuasa Masjid dan anak mukim terpilih sahaja dibenarkan serta tidak melebihi jumlah 40 orang.

“Selain itu, menyediakan senarai dan maklumat jemaah yang terpilih dan mendaftarkan kehadiran di dalam buku pendaftaran selain membuat saringan suhu melebihi 37.4 darjah celcius tidak dibenarkan masuk.

“Ahli jawatankuasa dan anak-anak mukim yang berumur 70 tahun ke atas tidak dibenarkan hadir dan jemaah yang hadir ke masjid perlu memakai pelitup muka,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Katanya, antara lain SOP yang ditetapkan adalah, jemaah yang bergejala seperti batuk, demam, selsema dan sakit tekak adalah tidak dibenarkan hadir.

Katanya, aliran pengudaraan di dalam ruang solat perlu dijaga dengan membuka semua pintu, jendela dan menggunakan kipas angin dan tidak dibenarkan memasang alat pendingin hawa.

“Membuat penjarakan sosial satu meter dan menyediakan cecair pembasmi kuman serta mengingatkan para jemaah membawa sejadah dan mengambil wudhuk di rumah

“SOP sebagaimana d iatas hendaklah dipatuhi sepenuhnya oleh pihak pengurusan masjid. Tindakan sewajarnya akan diambil diatas kegagalan untuk mematuhi SOP ini.

“Oleh itu, pihak MAIK amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak dalam melaksanakan ketetapan ini,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : BH

Be the first to comment on "Kelantan benarkan solat Jumaat seramai 40 jemaah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*