Kes Positif Warga Asing Lebih Tinggi Dari Warga Tempatan Jadi Cabaran Baharu Negara Lawan Covid-19

Menerusi sidang media yang sedang berlangsung dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham mengatakan bahawa negara berdepan satu cabaran baharu.

Susulan dengan itu, apa yang kita boleh lihat adalah peningkatan kes positif babitkan bukan warganegara lebih tinggi daripada jumlah warganegara sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Tegasnya, negara perlu tangani isu penularan Covid-19 babitkan bukan warganegara. KKM akan pastikan pesakit bukan warganegara menerima rawatan terbaik.

Hari ini merupakan hari ke-29 Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan kes baharu melibatkan kalangan rakyat tempatan terus menurun seperti yang diunjurkan KKM.

Penurunan kes harian jangkitan tempatan menunjukkan trend penurunan sejajar unjuran KKM. Namun, terdapat peningkatan kes harian dari kalangan bukan negara dan kes jangkitan luar negara atau kes import.

Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia

Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Monday, June 1, 2020

Sumber: KKM

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : Siakap Keli

Be the first to comment on "Kes Positif Warga Asing Lebih Tinggi Dari Warga Tempatan Jadi Cabaran Baharu Negara Lawan Covid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*