“Tak sesuai saya macam ni, biasa pakai tudung sarung”- Datin Shahida

Setiap individu mempunyai cara tersendiri dalam menggayakan fesyen masing-masing. Ada yang ingin sentiasa kelihatan lebih elegan, bergaya dan ada juga yang nak nampak simple je. Jika dilihat kepada gaya fesyen isteri kepada usahawan popular Datuk Aliff Syukri iaitu Datin Shahida, gaya pemakaiannya sentiasa kelihatan menarik dan simple. Orang kata ‘sedap mata memandang’ gitu.

Jarang sekali kita lihat Datin Shahida berfesyen memandangkan beliau lebih selesa dengan penampilan sederhana sahaja jika dibandingkan dengan suaminya yang sentiasa berfesyen dengan barang berjenama mewah.

Baru-baru ini, Datin Shahida telah memuatnaik sebuah foto menerusi instagram sehingga mengejutkan ramai peminat-peminatnya selepas foto tersebut menunjukkan beliau menggayakan turban bagi sesi photoshoot cover majalah.

Tidak dinafikan, Datin Shahida nampak lebih versatil dengan gaya turban. Namun akui lebih selesa dengan tudung sarung kerana mudah dipakai.

Rata-rata netizen melihat foto milik Shahida turut memuji wajah cantiknya yang kelihatan fresh dengan sentuhan makeup.

Ada juga sebahagian netizen akui wajah Datin Shhaida sama seperti artis H0llywood iaitu Angelina Jolie dan artis tempatan iaitu Nadia Brian. Memang pelanduk dua serupa yaa….

“Cantik datin macam Angelina Jolie dalam cerita Maleficient”- Netizen

“Cantik sangat datin, jujur ni”- Netizen

“Macam pelakon Nadia Brian lah”- Netizen

Foto Datin Shahida menggayakan turban turut menerima tanda suka daripada Nadia Brian dan netizen yang lain.

Cantik Datin Shahida pakai turban, sekali sekala tengok Datin bergaya macam gitu memang lawa sangat.

Sumber: instagram shahidadherbs

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : VIRAL

Be the first to comment on "“Tak sesuai saya macam ni, biasa pakai tudung sarung”- Datin Shahida"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*