“Sesiapa Saja Boleh Berbuat Demikian…,” – Dedah Nombor Telefon Didakwa Tiru Cara Ali Gatie? Ini Respon Nabila Razali

Nabila Razali meny4ngkal dakw4an sesetengah pihak bahawa dirinya cuba m3niru cara penyanyi antarabangsa, Ali Gatie yang terlebih dahulu mend3dahkan nombor telefon perib4dinya kepada peminat di Malaysia menerusi platform Twitter, awal Mac lalu.

Sebaliknya, bintang ini mempunyai al4san tersendiri berbuat demikian.

“Berkongsi nombor perib4di di laman sosi4l bukan satu ‘trademark’. Sesiapa saja boleh berbuat demikian, sama seperti saya yang berkongsi nombor telefon apabila jumlah tontonan lirik video Peluang Kedua mencecah satu juta tontonan di YouTube.

“Itu adalah janji saya kepada peminat di laman sosial jika lagu itu berjaya mencapai sasaran 1 juta tontonan pada hari kedua dilancarkan.

“Sejujurnya, saya tid4k tahu menahu tentang ada artis lain turut melakukan tindakan sama hingga ada n3tizen yang maklumkannya di laman sosial. Bagi saya, masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk tujuan promosi.

“Lagipun ramai yang tahu saya dan pihak pengurusan sentiasa mencari idea kreatif untuk mempromosikan setiap lagu baru dilancarkan. Saya t4k rasa apa yang dibuat ini satu kesal4han atau m3niru sesiapa.

“Memandangkan kita semua dalam tempoh P3rintah K4walan Pergerakan (PKP), saya kira ini adalah idea efektif untuk mempromosikan lagu baru kepada peminat.

“Saya juga tid4k boleh keluar untuk aktiviti promosi di radio atau televisyen. Jadi ini sal4h satu cara terbaik untuk mendekatkan diri dengan peminat,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.

Sementara itu, Nabila turut merasa teruja selepas single barunya, Peluang Kedua, meraih sambutan luar biasa seterusnya mengakui telefon bimbitnya tid4k henti berdering dan dihujani mesej di WhatsApp.

“Sehingga kini saya menerima lebih 35,000 ribu mesej di WhatsApp. Saya sendiri terkejut dengan maklum balas positif peminat terhadap lagu Peluang Kedua ini.

“Buat masa ini, saya hanya sempat menjawab beberapa panggilan telefon apabila mereka meminta saya sendiri menyanyikan lagu Peluang Kedua secara langsung. Baru saja letak telefon, sudah ada panggilan baru.

“Belum lagi mesej yang menderu masuk sehingga telefon bimbit saya tersekat. Namun saya akan cuba melayan mesej yang masuk itu. Paling melucukan ada juga peminat yang mencipta kumpulan WhatsApp supaya saya dapat berinteraksi dengan keluarga serta rakan mereka.

“Apapun saya sangat gembira dan tak sangka dengan maklum balas luar biasa seperti ini,” jelasnya lagi.

Terdahulu Nabila ada berkongsi nombor telefon perib4di selepas berjanji andai lirik video lagu Peluang Kedua berjaya mencapai satu juta tontonan pada hari kedua pelancaran.

Sehingga kini lirik video lagu Peluang Kedua di YouTube sudah meraih lebih 1.5 juta tontonan. Lagu berkenaan merupakan ciptaan sepenuhnya Hael Husaini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : Harian Metro

Be the first to comment on "“Sesiapa Saja Boleh Berbuat Demikian…,” – Dedah Nombor Telefon Didakwa Tiru Cara Ali Gatie? Ini Respon Nabila Razali"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*