Lapan negeri catat sifar k3s baharu Cov1d-19

SHAH ALAM – Sebanyak lapan buah negeri mencatatkan sifar kes positif baharu w4bak koron4virvs (Cov1d-19) semalam.

Negeri terbabit ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Jumlah sama turut direkodkan kelmarin, bagaimanapun berlaku perubahan negeri yang mencatatkan sifar k3s positif p4ndemik itu.

Lapan negeri yang mencatatkan sifar k3s kelmarin ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Melaka, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kelantan.

Bagaimanapun, Melaka semalam merekodkan jumlah k3s positif tertinggi iaitu sebanyak 37 kes apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu melibatkan kumpulan pelajar Malaysia yang pulang dari Magetan, Jawa, Indonesia.

Hal sama turut berlaku bagi kawasan Wilayah Persekutuan Putrajaya apabila keseluruhan 43 pelajar dari Indonesia yang dikesan posit1f itu, sembilan daripada mereka diku4rantin di Putrajaya. Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang akhbar di sini semalam memaklumkan sebanyak 84 k3s baharu direkodkan semalam.

Ia menjadikan jumlah kumulatif k3s positif Cov1d-19 di Malaysia berjumlah 5,389 k3s.

Setakat jam 12 tengah hari 18 April 2020, terdapat 19 Zon Hijau di Semenanjung manakala 17 Zon Hijau di Sarawak dan 11 Zon Hijau di Sabah.

Kuala Lumpur merupakan satu-satunya wilayah di mana semua empat zonnya masih berada dalam Zon Merah.

Kelmarin, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, Zon Hijau yang tid4k merekodkan sebarang k3s j4ngkitan Cov1d-19 boleh diberi kelonggaran daripada dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun keputusan tersebut mesti dibuat secara teliti selain memastikan ia benar-benar bebas daripada wabak itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : SH

Be the first to comment on "Lapan negeri catat sifar k3s baharu Cov1d-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*